Selamat Tahun Baru 2018





Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018 

Semoga tahun ni rezeki kita dimurahkan lagi dan semua urusan kita juga dipermudahkan.





All the best untuk semua. Harap apa yang kita impikan semuanya tercapai.

Lots Of Love
πŸ’•πŸ’•πŸ’•


















Cara Terbaik Kecilkan Pori Muka


Bila lalu je depan cermin, mulalah duk tilik-tilik muka ni. Tu memang biasa bagi semua wanita. 

Belum lagi part nak makeup. Nak tepek berlapis lapis cream foundation bagai bagi nampak muka ni sekata. Bila pori besar memang masalah betul nak tutup dia punya lubang tu. 

Hari ni idah nak kongsi cara atau petua untuk kecilkan pori muka. Sambil tengok tv pon boleh buat ya. Lagi sennag sebab pakai je barang yang ada kat dapur tu.


1) Putih Telur
Telur ni bukan hanya untuk dimasak tapi boleh guna untuk petua ni. Putih telur berupaya untuk mengecilkan liang pori. 

Caranya mudah sahaja, ambik putih telur yang telah diasingkan daripada kuning. Kemudian, sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Bilas wajah anda dengan menggunakan air sejuk


2) Madu
Madu mengandungi antioksidan yang baik untuk kulit. Madu mampu membunuh bakteria yang ada didalam pori.
Selain madu, yogurt juga baik untuk kecilkan pori. Jadi campurkan madu dan yogurt kemudian sapukan pada wajah.
Biar beberapa minit dan kemudian bilas.

3) Ais
Jangan tak percaya yang ais juga mampu untuk mengecilkan pori besar dan terbuka tau. Ambil ais dan balutkan dengan menggunakan kain.
Kemudian, gosokkan kain tadi di sekeliling wajah dan lakukan pada setiap malam sebelum tido. Ia juga berupaya membantu untuk menghaluskan kulit muka juga tau.


4) Tomato
Tomato juga mampu mengecilkan liang pori yang terbuka. Sapukan jus tomato yang telah diblend pada muka dan biarkan selama 30 minit. Biarkan kemudian bilas dengan air.
Boleh juga letak sedikit gula pada tomato dan sapu dengan lembut pada kulit wajah. jangan kasar sangat sebabnya gula tu kasar takut nanti kulit wajah luka.


6) Infinence Skincare
Skincare yang idah guna dan rasanya inilah pilihan yang paling tepat setakat ini. Pencuci yang tak banyak buih, kulit lembut je lepas cucian, Jerawat pun cepat kering. Cucian yang sampai ke liang liang di wajah kita.

Cara yang senang dan paling mudah as easy as ABC.
Kalau rasa cara ni menarik jom kita cuba.

~ Lots Of Love ~
πŸ’•πŸ’•πŸ’•










Kurus Pun Pakai Premium Beautiful?

Saya dah kurus. rasanya dah tak perlu kot pakai Premium Beautiful!!!


Badan dah macam pembaris, papan so taknaklah jadi makin kuruskan?. idah paham tu.

Bersyukur bila badan kita ni memang dah kurus. sebabnya ramai wanita yang kat luar sana nak badan kurus. Apa kata kita tengok apa masalah yang biasanya dialami oleh orang kurus?

1. TIADA SHAPE 
- Orang kurus ni biasanya punggung dan breast dia leper @ kempis. Takde shape walaupun jeansdia size kebanyakan yang kurus ni... punggung dan@ breast agak kempis πŸ˜“ walaupun jeans size 24@25. Bra dia pula kadangtu terpaksa beli yang padded (part paling sensitif bagi sesetengah wanita)

Tahukah anda???
apa yang bestnya, Premium Beautiful akan bagi impak yang besar pada badan kita. Ada customer yang dah bberalih cup. dan bahagian booty pulak dah makin bulat. Dah tak perlu nak pakai padded untuk naikkan size kan hehehe

2. BONGKOK 
- Ni masalah yang selalu berlaku dikalangan orang kurus. Bak kata orang 'kurus sangat boleh terbang kalau kena tiup dek angin'. Bila bongkok semestinya posture tak lawa. Kadang boleh nampak ada hunchback pulak. Boleh mendorong kepada sakit belakang! 

Semestinya satu BONUS kepada si pemakai Premium Beautiful. korset ni akan membantu  kita dalam menjaga posture badan. Kalau duduk tu ibarat macam tuan puteri. Lawa dan cantik. jalan pon dah macam model giteew. Jujurnya kita sendiri akan berada dalam keadaan tegak Naturally. Suka tak? 


3. PERUT BUNCIT
- Ada client idah. badan dia kurus tapi selepas melahorkan anak sulung perut dia buncit. Pernah rakan sekerjanya tegur 'kau pregnant lagi ke". memang stress tapi bila dah sarung PB, perut buncit makin menghilang. MAhu senyum lebarlah depan kawan-kawan opis kan. Perut buncit dah hilang dan maintain bentuk badan😁


4. MASALAH WANITA 
- Ni masalah biasa yang dialamai oleh wanita tak kiralah dia kurus atau chuby. Senggugut, rahim jatuh, sus bengkak, period tak teratur,  danmacam-macam lagi. 

-Kebanyakkan ibu-ibu berpantang memang suka sarung set PB. Katanya set berpantang moden ni senang nak pakai dan buka. PB juga protect rahim dan maintain berat badan. Girdle PB tu bantu jaga rahim dan juga regularkan kitaran period (ni untuk wanita yang mengalami masalah priod tak tentu).



Jadinya janganlah takut untuk mencuba set PB ni. Kenapa kita nak berkira pasal kesihatan badan kita. 

FREE fitting & consultation untuk man yang berminat dengan set PB ni. Idah pun bukan sekadar cakap je. PB ni really deliver GOOD testimony!!!!

Tak salah kita ikhtiar untuk masalah yang kita alami. Mana tahu PB adalah asbab kepada salah satu usaha kita kan.





Kami PIN PB expert memang tak pernah nak paksa you all beli. Cumanya nak pastikan you all dapat maklumat yang betul, size yang betul dan selesa dipakai untuk bertahun lamanya.

Mana yang berminat boleh share dengan kawan-kawan info ni. Yang paling wink, idah bermirah hati nak offer INSTALLMENT untuk sayang2 semua.

cepat grab REBATE sebelum terlambat ya.

Sampai jumpa next entry.

Jaga Diri Hiasi Peribadi

~Lots Of Love~
πŸ’•πŸ’•πŸ’•
iedahyusoff


Ada Apa Dengan Kopi





Hari ini, terdapant lambakan coffee shop bukan sahaja di Lembah Klang tapi diseluruh Malaysia. Jesteru, membuktikan bahawa rakyat Malaysia memang suka minum kopi. Buka sahaja cafΓ© atau coffee shop pasti berduyun-duyun orang akan datang. 

Tahukah anda bahawa tarikh 29 September merupakan hari Kopi Sedunia. Kopi pun ada tarikh special untuk dia kan. 

Kenapa suka kopi? tiada jawapan spesifik sebabnya kita akan dapat jawapan yang bervariasi. Kesukaan ni bergantung pada si penggemar kopi tersebut.  

Entry kali ni idah nak berkongsi beberapa fakta menarik tentang kebaikan minum kopi. Kenalah tahu ada apa dengan kopi ni, jangan tahu minum je ya πŸ˜‰

1. Mendapat lebih antioksida daripada kopi berbanding bahan lain
Menurut kajian yang dijalankan tiada satu bahan pun yang boleh menandingi kopi dalam memberi antioksida kepada manusia. Antioksida ni berfungsi sebagai tentera yang menjadi perisai kepada badan kita.

2. Aroma kopi yang boleh mengurangkan stress
Stress ni memang tak elok untuk badan. Anda yang selalu stress di tempat kerja, dirumah atau dimana sahaja memang elok ambil aroma kopi ni. Rehat dan dapatkan segelas kopi. Perasaan dapat bau kopi memang lain macam 

3. Kopi buatkan kita berasa gembira
 Bila sedih cuba masuk kedai kopi. Apa yang kita rasa. Kalau idah mmg teruja sbbnya bau kopi sendiri dah boleh mengubah mood ketika tu. MAna ada orang lepak kedai kopi dengan muka sedihkan hehehe

4. Meningkatkan stamina secara mendadak
Kafein yang ada dalam kopi boleh meningkatkan julah adrenalin dan merembeskan asid lemak didalam aliran darah. Dalam masa sama membolehkan otot menyerap lemak ni sebagai bahan bakar. automatik badan kita menjadi aktif. 


5 . Mencegah dan mengawal DIABETES (Kecing Manis)
Antioksidan ini (secara specifik - asid klorogenik dan quinides) memainkan peranan untuk meningkatkan kadar sensitiviti sel dalam tubuh kita kepada insulin. yang mana mengawal kandungan gula dalam darah. 

Menuru t beberapa kajian, sesiapa meminum 4 cawan atau lebih kopi setiap hari berisiko rendah untuk menghidap diabetes jenis ke-2. Kajian juga menunjukkan kafein dalam kopi dapa mengurangkan ransangan sensitiviti insulin.

Sekiranya anda minum beberapa kopi sehari, sekali sekala cubalah selang selikan dengan meminum kopi tanpa kafein.

6. Meransang keupayaan minda
Menurut satu kajian, meminum antara 1 hingga 5 awan kopi sehari membantu mengurangkan risiko  dementia, penyakit Alzheimer dan juga Parkinson. Antioksidan dalam kopi mencegah kerosakan sel otak dan membantu penglibatan neurotransmitter dalam fungsi kognitif untuk berfungsi dengan lebih baik.

7. Kopi buat rasa kenyang
 Kevin Zahari ada tulis dalam ebook beliau. Kopi akan membuatkan peminumnya berasa kenyang untuk suatu jangkamasa. Biasanya kalau tidak sempat sarapan, idah akan bancuh satu cawan kopi  di pejabat ataupun dirumah sebelum melakukan kerja.

kadang tu tak sedar pun tiba waktu tengah hari. Bayangkan hnaya secawan kopi mampu tahan perut ni. Mungkin sebab inilah banyak produk berasaskan kopi di pasaran.

Bersarapanlah bagaikan seorang raja, itu lebih baik. Kalau minum kopi sahaja waktu pagi, maka tengahhari tu makanlah macam kenduri pun tak guna juga dik non. Yang penting jaga kalori kita ya.

Jujurnya pilihan idah ketika bersarapan adalah secawan minkaffe. Kopi pracampur dengan garam buluh yang mana menjadi pilihan idah sekarang. Aroma kopi ni memang mengikat kalbu. kena cuba ya πŸ‘




Dapat sesuatu dalam entry ni? harap bagi idea dan manfaat bersama apa yang idah kongsi kali ni ya. Inshallah sampai jumpa next entry.

Jaga diri Hiasi peribadi



~ Lots Of Love ~
πŸ’•πŸ’•πŸ’•









 
.











Kurus Tapi Perut Buncit

Mesti ada diantara kita yang memiliki tubuh kurus tetapi masih ada lemak sana sini. Apa punca terjadinya lemak sedangkan anda berbadan kurus?
Haa kepada sesiapa yang mempunyai situasi macam ini, jaga-jaga sebab ia mengundang risiko pelbagai penyakit yang anda tidak sedar. Jangan ingat, anda berbadan kurus dan anda sihat tau!
Menurut pakar di New York iaitu Lauren Klien, ramai individu yang berbadan kurus kelihatan seperti normal tetapi apabila melakukan rawatan, pelbagai penyakit yang menyerang individu tersebut.
Cara paling simple untuk anda tahu sama ada anda mempunyai lemak atau tidak, lihat sahaja di sekitar perut anda. terdapat beberapa faktor yang menunjukkan anda tidak sihat walaupun anda mempunyai badan yang kurus.
Kalau anda mempunyai simptom-simptom dibawah, jangan lengahkan masa! Bertindaklah dengan segera ye.
1) Tidak pernah melakukan senaman mahupun olahraga selepas tamat persekolahan.
2) Sering mengambil makanan manis sehingga ia mengakibatkan anda sukar untuk fokus, pelupa dan mempunyai konsentrasi yang rendah.
3) Jarang mengambil makanan yang mengandungi protein.
4) Bahagian perut jauh lebih besar berbanding bahagian tubuh yang lain.
5) Pola pemakanan yang kebanyakannya terdiri daripada karbohidrat dan sering mengambil makanan yang diproses atau gula secara berlebihan.
6) Berasa pening setelah melakukan olahraga.
7) Mudah berasa penat dan kurang bertenaga.
Haa amacam? Agak-agak anda ada tak simptom diatas? Kalau tak ada, tahniah kerana anda sihat! Kalau ada pula, pergi bersiap dan jumpa doktor untuk tahu tentang kesihatan anda.

Harap perkongsian ni bagi manfaat bagi untuk semua. Sampai jumpa next entry.

~ Lots Of Love ~
πŸ’•πŸ’•πŸ’•

Nak Kurus Kena Sarapan Pagi



Ramai yang nak kurus tapi ramai yang suka skip sarapan pagi.

kenapa?
.
.
.
.
.
.
"Saya tak boleh makan pagi, nanti muntah"
"Perut saya akan sakit bila mabil sarapan pagi"
"Saya kejar masa so tak sempat nak sarapan pagi'
dan macam-macam alasan lagi bila bercakap pasal arapan pagi ni.

Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia hari ini tak suka sarapan pagi. Diet macam-macam tapi bila berat tak turun terus rasa give up. Pernah dengar pepatah ni "Breakfast like a king, Lunch like ordinary person and Dinner lika a poor"

Orang yang makan sarapan pagi lebih cenderung untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan kebiasaanya berasa lebih baik sepanjang hari. Tapi, seorang yang suka melewatkan sarapan pagi akan cenderung meletakkan badan anda ke dalam 'mood kebuluran' dan akan menyebabkan badan kia menyimpan makan seterusnya kepada lemak.

Kenapa pentingnya Sarapan Pagi :-
➫ Bantu mengurangkan berat badan
➫ Meningkatkan kuasa otak:
➫ Tingkatkan mood anda:
➫ Meningkatkan tenaga:
➫ Mengurangkan risiko penyakit
.
.
.

So bagi siapa-siapa yg malas nak breakfast, tapi MESTI breakfast jugak sebab nak maintain sihat kan? So meh tengok sini, menu sarapan yg cepat, mudah, dan tak susah tapi tetap berkhasiat!

Sebenarnya senang je nak buat sarapan yang sihat dan tentunya rendah lemak dan kalori. Kalau rasa malas sangat boleh cuba menu simple sarapan pagi ni. Sambil berjalan pon boleh buat ya πŸ˜‰


1. Oatmeal
Oatmeal adalah makanan yang rendah kalori tapi tetap menjadikan korang kenyang sampai lunch nanti. Bahan utama daripada oatmeal adalah biji gandum.

2. Telur
Makan telur waktu sarapan sangat bagus, telur adalah menu ideal untuk diamalkan sebab telur ada protein yang tinggi dan senang je nak sediakan. Satu biji telur ada 70 kalori serta dapat memenuhi 13% protein yang diperlukan tubuh.

3. Smoothies
Kalau tak ada masa sangat jugak, minumlah smoothies. Minum smoothies pagi-pagi pun dah dapat khasiat yang patut kita dapat untuk kegunaan tubuh. 

4. Buah-buahan
Macam-macam buah korang boleh makan sebagai sarapan yang sihat dan kaya dengan nutrisi! Boleh juga kalau nak makan dengan yogurt rendah lemak. Sedaaap!

So sekarang dah tak buntu lagi nak breakfast apa kan? Senang je!
Tapi nak lagi senang bancuh je secawan kopi Min kaffe untuk alas perut kalau dah tak sempat sangat kan. Secawan #kopigarambuluh ni boleh bagi tenaga kepada badan kita. 


Sebelum mula kerja apa kata bancuh dulu secawan min kaffe. Bau dan rasa garam buluh yang ada dalam kopi tu buatkan tekstur kopi tersebut ringan dan memang layan bila minum. 

Jangan tak tahu sekali cuba paaaaaaaasti nak lagi dan lagi!!!!

 Buih-buih kopi yang membangkit aroma min kaffe. memang kena cuba tau. 


 min kaffe dengan karipap kecik. Cenggini ha πŸ‘πŸ‘πŸ‘


Mana nak cari minkaffe ni? Call or whatsapp je idah. Nak FREE trial pon boleh. Idah nak bagi awak-awak semua rasa kopi sedap abad ini.

Apa pun lepas ni jangan lagi skip sarapan pagi ya. Kalau kita nak kurus pastikan kita follow diet yang betul. Diri kita ni adalah anugerah terindah yang kita perlu jaga.

Jaga diri hiasi peribadi.


~ Lots Of Love ~
πŸ’•πŸ’•πŸ’•



4 Waktu Terbaik Minum Air Masak


Assalamualaikum...

Entry kali ini, idah nak kongsi empat (4) waktu terbaik minum air. Ni untuk yang memang susah sangat nak minum air putih tu boleh amalkan ya.


Minum air pun ada waktu yang sesuai. Sebab tu orang tua tua pantang bila kita minum air semasa atau selepas makan. Perut jadi buncit katanya. Bukannya tak boleh minum air langsung lepas makan tapi disarankan jarak selama 10 minit lepas makan. 

Tapi memang betul pun kan? Pantang orang tua tua memang banyak kebaikan sebab tu mereka boleh kekal sihat cergas walau dah tua. Okay nah 4 masa paling terbaik untuk minum air πŸ‘‡πŸ»


➢ BANGUN TIDUR
➧ Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas. Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman. 

➧ Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semuajadi. Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.
 SEBELUM MAKAN
Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan. Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
 SEBELUM MANDI
Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.
 SEBELUM TIDUR
➧ Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas satu jam sebelum tidur. 

➧ Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung. Jangan pula minum air terus tidur, itu boleh menyebabkan eyebag dan sembap bawah mata.



Harap perkongsian kali ni bermafaat untuk semua ya. Jom kita amalkan 


~ Lots Of Love ~
πŸ’•πŸ’•πŸ’•







Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum.. Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018  Semoga tahun ni rezeki kita dimurahkan lag...

Popular Post