Ada Apa Dengan Kopi





Hari ini, terdapant lambakan coffee shop bukan sahaja di Lembah Klang tapi diseluruh Malaysia. Jesteru, membuktikan bahawa rakyat Malaysia memang suka minum kopi. Buka sahaja café atau coffee shop pasti berduyun-duyun orang akan datang. 

Tahukah anda bahawa tarikh 29 September merupakan hari Kopi Sedunia. Kopi pun ada tarikh special untuk dia kan. 

Kenapa suka kopi? tiada jawapan spesifik sebabnya kita akan dapat jawapan yang bervariasi. Kesukaan ni bergantung pada si penggemar kopi tersebut.  

Entry kali ni idah nak berkongsi beberapa fakta menarik tentang kebaikan minum kopi. Kenalah tahu ada apa dengan kopi ni, jangan tahu minum je ya 😉

1. Mendapat lebih antioksida daripada kopi berbanding bahan lain
Menurut kajian yang dijalankan tiada satu bahan pun yang boleh menandingi kopi dalam memberi antioksida kepada manusia. Antioksida ni berfungsi sebagai tentera yang menjadi perisai kepada badan kita.

2. Aroma kopi yang boleh mengurangkan stress
Stress ni memang tak elok untuk badan. Anda yang selalu stress di tempat kerja, dirumah atau dimana sahaja memang elok ambil aroma kopi ni. Rehat dan dapatkan segelas kopi. Perasaan dapat bau kopi memang lain macam 

3. Kopi buatkan kita berasa gembira
 Bila sedih cuba masuk kedai kopi. Apa yang kita rasa. Kalau idah mmg teruja sbbnya bau kopi sendiri dah boleh mengubah mood ketika tu. MAna ada orang lepak kedai kopi dengan muka sedihkan hehehe

4. Meningkatkan stamina secara mendadak
Kafein yang ada dalam kopi boleh meningkatkan julah adrenalin dan merembeskan asid lemak didalam aliran darah. Dalam masa sama membolehkan otot menyerap lemak ni sebagai bahan bakar. automatik badan kita menjadi aktif. 


5 . Mencegah dan mengawal DIABETES (Kecing Manis)
Antioksidan ini (secara specifik - asid klorogenik dan quinides) memainkan peranan untuk meningkatkan kadar sensitiviti sel dalam tubuh kita kepada insulin. yang mana mengawal kandungan gula dalam darah. 

Menuru t beberapa kajian, sesiapa meminum 4 cawan atau lebih kopi setiap hari berisiko rendah untuk menghidap diabetes jenis ke-2. Kajian juga menunjukkan kafein dalam kopi dapa mengurangkan ransangan sensitiviti insulin.

Sekiranya anda minum beberapa kopi sehari, sekali sekala cubalah selang selikan dengan meminum kopi tanpa kafein.

6. Meransang keupayaan minda
Menurut satu kajian, meminum antara 1 hingga 5 awan kopi sehari membantu mengurangkan risiko  dementia, penyakit Alzheimer dan juga Parkinson. Antioksidan dalam kopi mencegah kerosakan sel otak dan membantu penglibatan neurotransmitter dalam fungsi kognitif untuk berfungsi dengan lebih baik.

7. Kopi buat rasa kenyang
 Kevin Zahari ada tulis dalam ebook beliau. Kopi akan membuatkan peminumnya berasa kenyang untuk suatu jangkamasa. Biasanya kalau tidak sempat sarapan, idah akan bancuh satu cawan kopi  di pejabat ataupun dirumah sebelum melakukan kerja.

kadang tu tak sedar pun tiba waktu tengah hari. Bayangkan hnaya secawan kopi mampu tahan perut ni. Mungkin sebab inilah banyak produk berasaskan kopi di pasaran.

Bersarapanlah bagaikan seorang raja, itu lebih baik. Kalau minum kopi sahaja waktu pagi, maka tengahhari tu makanlah macam kenduri pun tak guna juga dik non. Yang penting jaga kalori kita ya.

Jujurnya pilihan idah ketika bersarapan adalah secawan minkaffe. Kopi pracampur dengan garam buluh yang mana menjadi pilihan idah sekarang. Aroma kopi ni memang mengikat kalbu. kena cuba ya 👍




Dapat sesuatu dalam entry ni? harap bagi idea dan manfaat bersama apa yang idah kongsi kali ni ya. Inshallah sampai jumpa next entry.

Jaga diri Hiasi peribadi



~ Lots Of Love ~
💕💕💕









 
.











No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum.. Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018  Semoga tahun ni rezeki kita dimurahkan lag...

Popular Post