4 Waktu Terbaik Minum Air Masak


Assalamualaikum...

Entry kali ini, idah nak kongsi empat (4) waktu terbaik minum air. Ni untuk yang memang susah sangat nak minum air putih tu boleh amalkan ya.


Minum air pun ada waktu yang sesuai. Sebab tu orang tua tua pantang bila kita minum air semasa atau selepas makan. Perut jadi buncit katanya. Bukannya tak boleh minum air langsung lepas makan tapi disarankan jarak selama 10 minit lepas makan. 

Tapi memang betul pun kan? Pantang orang tua tua memang banyak kebaikan sebab tu mereka boleh kekal sihat cergas walau dah tua. Okay nah 4 masa paling terbaik untuk minum air 👇🏻


➢ BANGUN TIDUR
➧ Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas. Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman. 

➧ Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semuajadi. Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.
 SEBELUM MAKAN
Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan. Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
 SEBELUM MANDI
Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.
 SEBELUM TIDUR
➧ Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas satu jam sebelum tidur. 

➧ Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung. Jangan pula minum air terus tidur, itu boleh menyebabkan eyebag dan sembap bawah mata.



Harap perkongsian kali ni bermafaat untuk semua ya. Jom kita amalkan 


~ Lots Of Love ~
💕💕💕







No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum.. Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018  Semoga tahun ni rezeki kita dimurahkan lag...

Popular Post