Cara Terbaik Kecilkan Pori Muka


Bila lalu je depan cermin, mulalah duk tilik-tilik muka ni. Tu memang biasa bagi semua wanita. 

Belum lagi part nak makeup. Nak tepek berlapis lapis cream foundation bagai bagi nampak muka ni sekata. Bila pori besar memang masalah betul nak tutup dia punya lubang tu. 

Hari ni idah nak kongsi cara atau petua untuk kecilkan pori muka. Sambil tengok tv pon boleh buat ya. Lagi sennag sebab pakai je barang yang ada kat dapur tu.


1) Putih Telur
Telur ni bukan hanya untuk dimasak tapi boleh guna untuk petua ni. Putih telur berupaya untuk mengecilkan liang pori. 

Caranya mudah sahaja, ambik putih telur yang telah diasingkan daripada kuning. Kemudian, sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Bilas wajah anda dengan menggunakan air sejuk


2) Madu
Madu mengandungi antioksidan yang baik untuk kulit. Madu mampu membunuh bakteria yang ada didalam pori.
Selain madu, yogurt juga baik untuk kecilkan pori. Jadi campurkan madu dan yogurt kemudian sapukan pada wajah.
Biar beberapa minit dan kemudian bilas.

3) Ais
Jangan tak percaya yang ais juga mampu untuk mengecilkan pori besar dan terbuka tau. Ambil ais dan balutkan dengan menggunakan kain.
Kemudian, gosokkan kain tadi di sekeliling wajah dan lakukan pada setiap malam sebelum tido. Ia juga berupaya membantu untuk menghaluskan kulit muka juga tau.


4) Tomato
Tomato juga mampu mengecilkan liang pori yang terbuka. Sapukan jus tomato yang telah diblend pada muka dan biarkan selama 30 minit. Biarkan kemudian bilas dengan air.
Boleh juga letak sedikit gula pada tomato dan sapu dengan lembut pada kulit wajah. jangan kasar sangat sebabnya gula tu kasar takut nanti kulit wajah luka.


6) Infinence Skincare
Skincare yang idah guna dan rasanya inilah pilihan yang paling tepat setakat ini. Pencuci yang tak banyak buih, kulit lembut je lepas cucian, Jerawat pun cepat kering. Cucian yang sampai ke liang liang di wajah kita.

Cara yang senang dan paling mudah as easy as ABC.
Kalau rasa cara ni menarik jom kita cuba.

~ Lots Of Love ~
💕💕💕










No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum.. Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018  Semoga tahun ni rezeki kita dimurahkan lag...

Popular Post