Matang Dalam Kesilapan




"The secret to change is to focus all of your energy, not on fighting the old, but on building the new"


Kadangkala kita hilang arah..

Kita melakukan kesilapan. Kita menghabiskan masa pada benda yang salah

Kita jatuh ke lembah curam kerana mengikut nafsu

Kita sombong pada rakan kita, Kita memperdayakan orang.

Hidup dalam kecelaruan. Berlumba untuk sesuatu yang kita tak pasti betul atau salahnya.

Kesilapan selalunya terjadi pada kita tanpa kita sedar atau tidak.
Andai kita sedar maka istighfarlah dan segera pohon keampunan dariNya.

Akui sahaja kita manusia biasa, melakukan kesilapan. Kita insan yang lemah.

Tetapi jangan hanya disebabkan oleh kita pernah hilang arah, ia tidak bermakna kita akan hilang selamanya.

Kerana pada akhirnya, bukan kegagalan yang akan menentukan kita, tetapi bagaimana kita berusaha untuk memperbaikinya.

 " Kehidupan di dunia ini adalah tidak sempurna, tetapi cukup baik dan cantik aturannya"

Hidup sebagai manusia di alam ini sudah pastinya ada terpesong dgn beberapa kesilapan sepanjang kehidupan ini, tetapi apa yang penting adalah pengajaran yang kita dapat dalam kesilapan itu.

Ia bukanlah seberapa besar atau sekecil kesilapan yang kita lakukan, tetapi bagaimana kita bangun dan bangkit kembali. Yang penting kita buka hati untuk berubah. Tak perlu untuk diwar-warkan akan perubahan itu tapi cukuplah hanya kita yang tahu apa tindakan yang kita ambil.

Melakukan kesilapan adalah satu perasaan yang teruk tapi lagi teruk bila tidak belajar dari kesilapan itu. 

Seberapa banyak kesilapan yang kita lakukan, janganlah malu untuk melakukan perubahan. Buatlah perubahan itu dengan istiqamah dan matang. Jangan terlalu mengikut emosi dan amarah. Dunia sekarang semuanya dihujung jari. Tertebarnya kesilapan orang tanpa kita selami kesalahan diri kita.

Tak perlu mengadu domba kesalahan kita pada orang lain andai ianya berterusan akan membuka kesalahan dan kekurangan diri kita sendiri. Tapi Sujud & mengadu pada yang Esa kerana itu selayaknya. Sabar adalah kunci bagi setiap yang berlaku. Percayalah bahawa Allah tidak akan menguji hambanya dangan selayaknya.

Hanya yang matang mengetahui nilai sebuah kehidupan. 




~ Lots Of Love ~
💕💕💕










Minum Air Ketika Perut Kosong




Bangun tidur, minum segelas air putih. Memang tak rugi jadikan amalan harian setiap kali bangun pagi. So u alls dah minum air?
.
.
1️⃣ Minum air putih waktu pagi dapat melancarkan pembuangan air besar, jadi banyakkanlah minum air putih pada saat bangun tidur.
.
.
2️⃣ Air putih berfungsi mengeluarkan racun yang ada pada tubuh kita, namun akan jauh lebih optimal minum air putih tersebut ketika keadaan perut kosong.
.
.
3️⃣ Minum air putih di waktu pagi berfungsi untuk meningkatkan rasa lapar di pagi hari. Jadi jgn tinggal sarapan pagi utk mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan sepanjang hari.
.
.
4️⃣ Dengan minum air putih pada saat bangun tidur juga mampu meredakan sakit kepala
.
.
5️⃣ Minum air putih di pagi hari yang banyak dapat membantu membersihkan usus kita serta dapat meningkatkan sistem metabolisme tubuh. Sehingga tubuh mampu untuk menyerap serta mencerna makanan lebih cepat sehingga tidak menimbulkan kegemukan.
.
.
7️⃣ Minum air putih ketika perut kosong dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah lebih cepat sehingga lebih bertenaga
.
.
8️⃣ Minum air putih berfungsi juga dalam menurunkan berat badan, kerana lemak akan keluar dr perpeluhan & perkumuhan,dan juga sistem metabolisme tubuh akan meningkat.
.
.
9️⃣ Air putih juga boleh mencerahkan kulit dan akan kelihatan lebih bersinar, ini kerana proses detoksifikasi dapat membersihkan kotoran & jerawat dan juga lemak lainnya di dalam kulit.
.
.
🔟 Minum air putih sejurus bangun tidur juga bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, maka akan terhindar dari macam-macam penyakit.
.
.

.
.
Nak kulit cantik, kena minum air secukupnya. Kekurangan air dlm badan boleh mengakibatkan byk masalah dlm badan. Nak ulang alik toilet atau ulang alik hospital? Tepuk dada tanya iman.


SUNNAH KETIKA MINUM AIR
Minum air pun ada adabnya. Penting unuk kita menjagaadab walaupun seteguk air sebagaimama yang dicontohkan oleh Rasulullah dalam sunnahnya :-

1) Janganlah minum sekaligus seperti unta/keldai minum, tetapi minum seteguk demi seteguk 

2) Jangan bernafas didalam bekas air, bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas

3) Jangan hembus didalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya, maka keluarkannya



Pakai korset Premium Beautiful mmg dilatih untuk disiplin minum air secukupnya. Idah dulu pon boleh kira bape teguk minum air putih sehari. Skrg bila dah selalu pakai pb secara automatik mmg akan ambil air putih sehari dalam 2 botol.

Air putih ni elok untuk badan sbbnya ia ibarat "berus" yang berfungsi untuk memberus segala kotoran yang ada dalam badan. jadinya untuk mengeluarkan toksin atau kotoran tersebut kita kenalah rajinkan diri membilasnya. makin banyak air yg kita minum, maka proses "pembersihan' juga akan sempurna. Inshallah.

So, lepas ni dah boleh amalkan minum air kosong waktu pagi. Sebelum bilal azan subuh tu minum air kosong dulu. Jangan lupa mulakan dgn bismillah dan sudahi dgn Alhamdulillah. Jom amalkan 😉😉😉😉


~Lots Of Love ~
💕💕💕





Tip Mudah Hilangkan Resdung



Resdung ni boleh datang dalam pelbagai keadaan. 
→ Gatal2 mata
→ Gatal2 hidung
→ Gatal2 telinga
→ Gatal2 muka
→ Kerap bersin
→ Kelemumur
→ Macam2 lagi

Hari ni idah nak share tip mudah untuk kita hilangkan resdung. Dari duk menahan gatal, apa kata kita cuba tips ni. Asbab kpd usaha mana tahu salah satu boleh kurangkan resdung tu. Tak cuba so kita tak tahu kan??

1.Hidrasi
Minum banyak air mineral. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman manis, dan jangan merokok. Sekiranya anda masih berdegil, ia boleh menyebabkan lendir semakin menebal dan saluran pernafasan semakin tersumbat sehingga mencetuskan keradangan yang lebih teruk.

2. Air Panas
Petua hilangkan resdung seterusnya ialah dengan sedut wap air panas. Caranya? .

Pertama, rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan dengan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut.

Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.

3. Tuam Tuala Pada Muka Dengan Air Panas
Petua lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air panas tersebut. Tapi janganlah panas sangat, kang melecur muka deknon. Suam suam kuku pun okay. Panaskan air, sehingga mendidih dan tuamkan tuala di bahagian muka anda..

Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

4. Lidah buaya
Menarik, kan? Lidah buaya pun boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab ia mengandungi sifat antiseptik. Cara menggunakan lidah buaya ini adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan lidah buaya.

5.Limau Nipis dan Daun Pandan
Petua seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, pisahkan bijinya. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.

Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.
.
.
.

Jujurnya, idah pon ada resdung juga. gatal2 kat bahagian telinga. kalau dah mai gatal dia mcm nak buang je telinga ni huhu.. Kdg tu nak menangis pun ada..

Apa yg idah buat, idah amalkan Garlic tablet sebelum sarapan & sebelum tidur. Alhamdulillah gatal2 kat telinga dah semakin berkurangan. Tidur pon dah tak terganggu skrg ni.


FUNGSI-FUNGSI GARLIC

1.     GASTRIK - Jika pesakit mengalami masalah sakit perut kerana gastrik, ambil 7 biji garlic kemudian minum segelas air, anda akan dapati sakit pedih pada perut akan beransur hilang dengan serta merta.Bagi mengelakkan gastrik anda datang kembali selama jangka masa satu minggu amalkan garlic hai-o 4 biji pagi dan 4 biji malam.Untuk minggu yang berikut teruskan seperti mana sukatan yang tertera pada botol garlic hai-o.


2.     RESDUNG - Untuk resdung kronik, ambil garlic 7 biji pagi dan 7 biji malam. Untuk resdung peringkat pertengahan ambil 4 biji pagi dan 4 biji malam. Tindakbalas pembongkaran awal anda mungkin akan lebih banyak bersin atau hidung anda berbau lebih busuk. Banyakkan minum air putih sekiranya badan anda terasa panas dalam.

3.      SENGKAK ANGIN DALAM PERUT - Sering terjadi terutama selepas makan. Untuk kelegaan serta merta ambil garlic hai-o sebanyak 11 biji dan minum bersama air suam. Untuk mengelakkan masalah ini datang lagi amalkan garlic hai-o, 4 biji pagi dan 4 biji malam.

Pada yg berat sgt nak amalkan tips ni idah sarankan telan je garlic tablet ni. Senang dan cepat. Mana yg sibuk tu boleh amik je garlic. Mana nak cari..

Harga Ahli : RM37.00
Harga Jual : RM44.00

Nak jadi Ahli pon boleh. reg je ngan idah & idah bagi hadiah terus 1 botol Garlic ni. Tawaran sentiasa terbuka sampai hujung tahun ni. Reg ahli RM50 dan nikmati belian untuk semua produk SHOM!!!!

Sampai jumpa ya

~ Lots Of Love ~
💕💕💕

Keep Fit!!



Entry kali idah share pasal larian yang idah joint aritu..
Skrg ni mcm addict pula nak berlari. Just for fun kan lagipun elok untuk badan kita. Penat berlari kita jalan.

Macam biasa, run kat Presient 3, putrajaya sbbnya jalan dia tak sibuk. Boleh run sambil santai2.

Semestinya tiap kali joint larian idah mmg akan pakai 1 set lengkap Premium Beautiful. Sarung PB boleh bakar 900 kalori tau. So mmg tak rugilah bila berPB 😉😉😉




Tambah lagi koleksi medal 

Keep slim with one and the only Premium Beautiful korset

Dapat juga begambar dgn En. Rimau

Done 3km 💪💪



Jumpa next entry ya. Siapa nak joint run jom. Kita run Sama2 



~ Lots Of Love ~
💗💗💗









Duta Baru SHOM

Salam Jumaat.


Sebut saja nama FAZURA semua orang akan ingat lemah lembut gayanya. Senyuman manis  yang selalu tak lekang dari bibir bila bertemu dgn peminatnya. Sweet je oranganya kan.


Malam tadi pukul 12.01 am SHOM announce FAZURA adalah "New Ambassador Of Sahajidah Hai-O Marketing".

Bukan calang-calang orangnya ya. Seorang artis yang popularitinya tengah meningkat naik. Bukan hanya berlakun, tetapi beliau juga seorang pengacara dan juga duta-duta bagi produk kecantikan yang lain.

Siapa yang layan drama hot Hero Seorang Cinderalla mesti tahu gelaran beliau as "YPM" (Yang Paling Manis).

Fazura ni bukan hanya terkenal di Malaysia, tetapi juga di Singapura, Brunei dan juga Indonesia. 

One step ahead from Sahajidah Hai-O Marketing setaraf dengan company besar yang lain. Semestinya kami sebagai usahawan SHOM sangat2 happy dgn berita ni.

Yang lagi happy of course kami di bawah group PIN. So excited!!!!!!!!



~ Lots Of Love ~
💗💗💗




Titian Cinta





Sebelum ni mmg jarang sgt nak layan2 drama ni. tapi macam terjebak pulak dgn drama ni. kdg tertanyajuga apa yang best sangat dgn drama adaptasi novel 'Titian Cinta' ni???

Jujurnya, takdelah minat sgt dgn Zul Ariffin ni. Tapi bila tgk promo drama ni eh eh mcm best je. Heroin pulak sweet je muka dia kan.



Bila heroin sweet diganding pula dgn si hero yang berjambang alahai sesuai sgt. yg paling best setiap skrip drama ni macam natural je. Nak pulak suara hero yang buat kita senyum sorang2 kan. Peminat si hero mesti tak sabar kan tunggu scene sweet sawit dlm drama ni. Baik ngaku cepat!
Sahabat susah senang




Overal drama ni mmg best. Semua pelakon mmg play their role.  Layan drama tu layan juga tapi masuk azan kenalah utamakan solat maghrib dulu ya. Pentingkan mana yang penting dulu. Drama ni boleh layan online je kalau terlepas. 


All the best utk semua yang terlibat dalam drama TTITIAN CINTA ni. All the best juga untuk penulis dia RIDHYA IMAN!!!!



Sampai jumpa


~ Lots Of Love ~
💗💗💗



Sumber Hebat Garam Buluh SHOM

Entry kali ni, iedah nak share tentang Sumber hebat garam buluh yg menjadi pilihan orang yang hebat. Apa lagi kalau bukan GARAM BULUH @ BAMBOO SALT keluaran SHOM. 

Garam buluh sebenarnya telah melalui proses pembakaran sebanyak 9 kali untuk mendapatkan garam yang bermutu & kaya dgn mineral semulajadi.  

Garam buluh juga tidak sama dgn garam biasa kerana ia diproses dgn cara traditional manakala garam biasa mempunyai kadar bahan kimia yg tinggi terutamanya klorin yg mana digunakan dalam proses untuk memutihkan garam.
Macam mana garam buluh dihasilkan?

➥Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi daripada Korea sebagai ramuan utamanya. 

➥Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine. 

➥Proses pembakaran dapat meneutralkan atau menyingkirkan bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti 
magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya. 

➥Nilai nutrisinya adalah lebih tinggi daripada garam laut.

➥Selain untuk diminum, serbuk garam buluh juga digunakan sbg antiseptik. Air larutan garam buluh tadi digunakan utk mncuci muka, berkumur, mencuci luka, merendam kaki dan sebagainya. Yg paling bestnya garam buluh juga berkesan untuk mencuci luka kudis kaki pesakit diabetes (Diabeted Foot Ulcer) serta mampu mempercepatkan luka tersebut dgn izin dariNya


Keberkesanan Garam Buluh 

➦Menyingkirkan toksid dlm badan (cthnya logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas)
➦Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis lama yg terkumpul dalam usus (cthnya sembelit, kencing tak lawas)
➦Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kpd badan
➦Menyelaraskan fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal
➦Menyelaraskan keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan beralkali lemah
➦Meningkatkan daya pemulihan badan


Keistimewaan Garam Buluh

➦100% dari bahan semulajadi
Mengandungi 76 jenis zat galian (Mineral)
Bersifat alkali
Anti Oksida
Mempunyai tahap pH 10 - 11
Mempunyai tenaga Bio

Perbezaan Garam Buluh Dgn Garam Biasa

Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Hai-O Garam Buluh membekalkan lebih banyak bahan mineral (misalnya magnesium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya) dan 200 lebih jenis elemen surih jika berbanding dengan garam biasa. Dengan menggunakan garam buluh yang semulajadi untuk memasak, nilai nutrisi lauk dapat ditingkatkan, lauk juga menjadi lebih enak dan sihat.
Cara Pengambilan Garam Buluh

➦Bancuh 1 paket Garam Buluh Hai-o dgn 450ml air (Ukuran cawan mug). Sekiranya terlalu masin, tambahkan sedikit air. (campurkan sahaja jus sunquick, Yummy!!!). 

➦Sesuai dibancuh dgn semua jenis air kecuali air bebarbonat (air bergas), minuman kordial & minuman keras
Sukatan Pengambilan

Bagi orang sihat 1 hingga 2 paket sehari
Bagi ahli sukan 2 hingga 3 paket sehari
Bagi mereka yang mengalami masalah Darah Tinggi, Asma, Lelah, Semput, Angin Ahmar, Masalah Tulang, MAsalah Jantung & Masalah Buah Pinggang, disarankan ambil 1 paker sehari sahaja
Bagi penghidap kencing Manis, 2 hingga 3 paket sehari
Tip Tambahan

Pengguna digalakkan mengambil air minuman (air putih) sebanyak 2 - 3 liter sehari untuk melancarkan proses pemulihan semulajadi
Sila jarakkan 1 jam dengan ubat hospital!!!!
Apabila toksin dalam badan dikeluarkan, pengguna akan mengalami tindak balas. Tindak balas ini merupakan tanda pemulihan dan akan kembali normal selepas proses ini berakhir. yg mana Garam buluh serasi dgn badan
Kesan atau Proses Pemulihan
Kesan-Kesan Tubuh Yang Tidak Normal



Testimoni Garam Buluh









Harga Jual : RM 153.00
HArga Ahli : RM133.00
Untung runcit : RM20.00


*1 Kotak Garam Buluh Minum ada 40 sachet
**Berminat nak jadi ahli sangat2 dialukan...Daftar keahlian & anda layak membeli dgn harga ahli***
***Dengan hanya RM50  yuran keahlian, anda berhak mendapat diskaun untuk SEMUA produk SHOM. Tidak semestinya untuk dijual, untuk kegunaan sendiri pon boleh. Sangat berbaloi bila jadi ahli.

****MINI STOKIS & PENGEDAR DIPERLUKAN
BERMINAT BOLEH CALL/WHATSAPP IEDAH 
013.3530627


Sampai jumpa lagi ya

~ Lots Of Love ~
💗💗💗💗



Sambal Goreng Sedap




Entry kali ni iedah nak kongsi satu resepi mudah dan senang. Resepi ni kalau ada mmg makan nasi bertambah2 gitew. 

kalau rasa selera makan tu kurang then bolehla cuba2 buat resepi ni ya. Mana tahu boleh datangkan balik selera makan awak2 semua.

Iedah pon cari kat instagram je resepi ni, then cuba buat. 

Bahan-bahannya :-
*Cili hijau 10 tangkai
*Cili merah 10 tangkai
*Cili padi sikit (kalau nak pedas lebihkan)
*Belacan sikit
~Asam jawa (agak2 dalam 1/2 sudu, perah dalam mangkuk, air dia toskan. idah pakai yg siap tu so tak perlu nak bung biji ke apa)

Semua bahan * perlu di blend kering

Cara-caranya:-
1) Ambil minyak dalam 1 senduk (kena lebihkan sikit minyak tu sbbnya taknak bagi sambal tu garing sgt)
2) Tumis bahan2 yg blend sampai garing
3) Once dah garing masukkan air asam jawa
4) Perasakan dgn garam dan gula. Idah suka guna maggi secukup rasa
5) Hiriskan bawang  dan campur sekali dalam sambal, lepas tu tutup api

**Lebihan minyak pada sambal tu pandai2lah buang sikit ya

Dah siap bolehlah menjamu selera. Boleh makan dgn bubur, nasi biasa pon okey jer. Kawan idah siap buat cicah keropok lagi.

Bahan-bahan yang nak di blend kering
Tumis bahan yg di blend sampai garing

Dah siap sambal goreng 


Selamat mencuba ya

~ Lots Of Love ~
💗💗💗💗





Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum.. Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018  Semoga tahun ni rezeki kita dimurahkan lag...

Popular Post