Matang Dalam Kesilapan




"The secret to change is to focus all of your energy, not on fighting the old, but on building the new"


Kadangkala kita hilang arah..

Kita melakukan kesilapan. Kita menghabiskan masa pada benda yang salah

Kita jatuh ke lembah curam kerana mengikut nafsu

Kita sombong pada rakan kita, Kita memperdayakan orang.

Hidup dalam kecelaruan. Berlumba untuk sesuatu yang kita tak pasti betul atau salahnya.

Kesilapan selalunya terjadi pada kita tanpa kita sedar atau tidak.
Andai kita sedar maka istighfarlah dan segera pohon keampunan dariNya.

Akui sahaja kita manusia biasa, melakukan kesilapan. Kita insan yang lemah.

Tetapi jangan hanya disebabkan oleh kita pernah hilang arah, ia tidak bermakna kita akan hilang selamanya.

Kerana pada akhirnya, bukan kegagalan yang akan menentukan kita, tetapi bagaimana kita berusaha untuk memperbaikinya.

 " Kehidupan di dunia ini adalah tidak sempurna, tetapi cukup baik dan cantik aturannya"

Hidup sebagai manusia di alam ini sudah pastinya ada terpesong dgn beberapa kesilapan sepanjang kehidupan ini, tetapi apa yang penting adalah pengajaran yang kita dapat dalam kesilapan itu.

Ia bukanlah seberapa besar atau sekecil kesilapan yang kita lakukan, tetapi bagaimana kita bangun dan bangkit kembali. Yang penting kita buka hati untuk berubah. Tak perlu untuk diwar-warkan akan perubahan itu tapi cukuplah hanya kita yang tahu apa tindakan yang kita ambil.

Melakukan kesilapan adalah satu perasaan yang teruk tapi lagi teruk bila tidak belajar dari kesilapan itu. 

Seberapa banyak kesilapan yang kita lakukan, janganlah malu untuk melakukan perubahan. Buatlah perubahan itu dengan istiqamah dan matang. Jangan terlalu mengikut emosi dan amarah. Dunia sekarang semuanya dihujung jari. Tertebarnya kesilapan orang tanpa kita selami kesalahan diri kita.

Tak perlu mengadu domba kesalahan kita pada orang lain andai ianya berterusan akan membuka kesalahan dan kekurangan diri kita sendiri. Tapi Sujud & mengadu pada yang Esa kerana itu selayaknya. Sabar adalah kunci bagi setiap yang berlaku. Percayalah bahawa Allah tidak akan menguji hambanya dangan selayaknya.

Hanya yang matang mengetahui nilai sebuah kehidupan. 




~ Lots Of Love ~
💕💕💕










No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum.. Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018  Semoga tahun ni rezeki kita dimurahkan lag...

Popular Post